Dibuka hujung tahun!
Kuala Lumpur 30 Sept- Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan- Bandar Tasik Selatan khabar nya akan dibuka pada hujung tahun ne. Terminal ini menggunakan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dapat menyambungkan perjalanan dengan KTMB, LRT dan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan pengguna ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang.
Yang menariknya terminal ini akan berfungsi saperti sebuah lapangan terbang dimana ia akan mempunyai papan paparan elektronik untuk memaklumkan kedatangan dan pelepasan bas, nama syarikat dan destinasi. Terminal ini juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di-bahagian selatan serta Lingkaran Tengah II (JLT II) di bahagian timur.
Thursday, September 30, 2010
Tuesday, September 28, 2010
Sunday, September 26, 2010
MARATHON RAYA!
Salam Raya!
Jam 1100 pagi berkumpul kat DBKL Jln. Raja Laut... Nak mulakan " Marathon Raya " dari umah ke umah! Bermula dari umah Siti Zahrah, lepas tu ge umah Kak Dot di Bandar Tun Razak, dah kenyeng dah...ge pulak umah Rezza kat Tmn Segar@ Cheras.
Dari umah Rezza menuju Tmn. Murni kat Cheras...... umah Zalina Zainuddin pulak. Sampai kat umah yang ke empat (4) ne, bukan dah kenyang tapi dah nak keluar balik!
Malu kalu keluar balik! hehehe...perjalanan di- teruskan ge umah Emma Rosli kat Tmn. Sri Nanding- Ulu Langat. Perut dah kembung! Macam-macam dah masuk dalam tali perut. Paling banyak kita orang makan ialah laksa dan sate.
Rumah ke enam (6) ne umah Azzah kat Sri Kembangan-Serdang. Lepas tu ge Ampang umah Rozaini dan balik ke Kepong singgah pulak kat umah jiran-umah Shahrizam. Rumah ne pong kene singgah pasal sebelah umah je...
Besok ada lagi sambungan marathon raya! Tapi xdapat ikut...letih oooo!
Mawar!
26/9/10
Subscribe to:
Posts (Atom)