Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 10, 2010

SENI LUKIS!


Lukisan menyimpan 'rashia' pemiliknya. Untuk mempamerkan kepada umum-tema karya itu akan mendedahkan corak kehidupan dan personaliti pemiliknya. Tetamu akan mengaitkan sesuatu tema lukisan dengan minat kehidupan pemiliknya terutama jika lukisan itu di-gantung diruang tamu.

Tetamu dapat mengetahui minat personaliti, peribadi dan corak kehidupan pemilik rumah hanya dengan melihat lukisan yang digantung di ruangtamu. Bayangkan jika rumah individu itu tidak tergantung apa-apa malah barang perhiasan pun tiada-kosong...mungkin dia seorang yang membosankan dan kehidupannya juga tiada sesuatu yang menarik.


Tajuddin Ismail
TJ Arts Galiery

Sunday, May 9, 2010

ALAM SEKITAR!


" Alam sekitar tidak pernah menghasilkan sebarang sisa yang tidak berguna. Jika ada sebarang sisa yang dihasilkan oleh alam sekeliling - sistem ekologi akan menukarnya kepada bentuk yang boleh di menafaatkan oleh persekitaranya"


En Muhammad Hisyam
- IKIM

DELIMA MELAYU BARU


" Kita lebih gahirah menilai kejayaan kita menggunakan kayu ukur yang amat sementara dan tidak asli. Misalnya kejayaan dalam konteks ekonomi dan kebendaan semata-mata.

" Tetapi apakah kejayaan orang Melayu menjadikan mereka manusia yang menolak bahasa, budaya dan tradisi mereka? Atau apakah identiti tidak penting lagi dalam keadaan apabila keyakinan b a r u bertapak dalam diri mereka? Atau apakah untuk berjaya mereka harus menjadi cetek, hilang akar dan menjadi pengguna b u d a y a Barat yang terbaik?

Nota : Photo yang dipublish hanyalah sebagai hiasan!
Tidak ada kene mengena dengan entri tersebut.........

Johan Jaaffar

Berita Minggu
15 Ogas 2006

TOPENG


Kita tidak pernah bosan melihat wajah dicermin walaupun wajah yang kita tatap sama setiap hari. Kita ingin selalu kelihatan cantik, baik dan sempurna kerana penampilan adalah cermin peribadi kita.

Orang beriman yang kemas , tertib dan bersih, maka peribadinya juga akan tertib, kemas dan bersih. Kita sering terlena dan terpedaya kerana asik bercermin TOPENG tanpa disedari kita sudah di tipu dan dipermainkan oleh topeng buatan sendiri.