Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 8, 2010

KUALA LUMPUR - HIJAU!

MENGHIJAUKAN KUALA LUMPUR

Pembangunan bandar raya Kuala Lumpur bermula sejak awal abad ke-19
melalui kewujudan penempatan orang Melayu dan Orang Asli di sepanjang
Sungai Kelang. Penduduk Melayu dikatakan menjalankan aktiviti melombong
bijih timah secara kecil-kecilan sementara menunggu musim menuai padi.

Pada tahun 1857, para pelombong dari China mula datang ke Kuala Lumpur
dan menjadikannya lokasi perdagangan barangan keperluan pelombong
bijih timah. Pembangunan pesat ketika itu mendorong penubuhan Sanitary
Board pada tahun 1890 untuk menjalankan peranan mentadbir pasir, menguat-
kuasakan pembersihan, membersihkan jalan dan lorong, membina lampu jalan
serta mengawal pembangunan bandar.

Pada 1946, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur ditubuhkan untuk mengambil
alih tugas Sanitary Board. Salepas negara mencapai kemerdekaan, Kuala Lumpur
diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan dikurniakan status bandar raya
pada 1 Febuari 1972.

Antara lokasi yang bakal menjadi tarikan terbaru Kuala Lumpur ialah projek
menaiktaraf Taman Tasik Perdana yang berusia lebih 122 tahun sebagai Taman
Botani. Projek bernilai 30 juta yang melibatkan tiga fasa itu dijangka siap dalam
masa lima tahun. Taman Tasik yang dulunya dikenali sebagai Lake Garden dinaik
taraf oleh Perdana Menteri kedua, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada
1 Mei 1975.

Taman Botani yang bakal dibina itu diharapkan akan menjadi identiti dan tarikan
utama di bandar raya Kuala Lumpur. Selain menghijaukan taman-taman rekreasi,
projek mengindahkan laluan pejalan kaki dan pembahagi jalan dengan kehijauan
pokok dan keindahan tanaman bunga turut diadakan. Kesemua itu dilakukan demi
menghijaukan Kuala Lumpur yang lestari.

Salin dari : Rohani Ibrahim
rencana@utusan .com.my


Wednesday, November 3, 2010

HARI JADI KU!




Salam kawan ku semua!
Tahun ne Kak Mawar raikan Hari Jadi kat Pizza Hut. Kak Mawar tiba direstoran jam 11.30, kira brekfast dan lunch sekali...hehehe! Masih awal untuk lunch kat Pizza Hut. Ketika Kak Mawar melangkah masuk restoran tak ramai lagi pelanggan. Kak Mawar pesan Coffee Floats dan suami Kak Mawar black coffee. Lepas tu pesan Hawaian Chicken Pizza dan Seafood Lasagne. Tidak lah lama sangat menunggu pizza dan lasagne sampai kat meja. Mula-mula makan lasagne dulu, pasal jarang-jarang makan lasagne. Fuh! sedap betul makan lasagne kat Pizza Hut! Yum...yum...yum..................Lepas tu makan sekeping pizza je, pasal perut dah kenyang. Baki separuh pizza terpaksalah dibungkus! Hehehe.........



Saminggu lepas tu ge JJ beli hadiah. Tahun ne dapat hadiah handbeg kuning. Dah puas pusing-pusing singgah kejap kat The Creperie, minum coffee ber- sama choc. crep. Dah kene secawan coffee baru terbeliak biji mata! Hehehe... Terima kacih yg ge ucap Hari Jadi & bagi hadiah!