Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 30, 2011

Tg Malim ke Alor Gajah


Pagi ne terima berita!
Mak Cik meninggal...jadi ambil 2 hari cuti kecemasan. Balik Tg Malim dan tolong apa yang patut pasal malam pertama nak buat kenduri tahlil. Petang Khamis pergi Alor Gajah pulak, dah janji dengan anak buah nak bagi hadiah kerana berjaya dalam keputusan peperiksaan. Bila dah ada kat Alor Gajah, anak-anak ajak pulak ge Air Keroh... Inilah photo-pic yang sempat Kak Mawar upload kat blog ne...



Sampai di Air Keroh anak-anak nak ge Taman Mini Malaysia. Walaupun tinggal lama kat Melaka bebudak ne tak pernah lagi melawat Tmn Mini Malaysia & Asean. Berpandukan pemplet yg diambil dari kauter bayaran masuk, taman ini mempunyai 13 rumah Melayu dan 12 rumah traditional Asean. Jarak dari bandaraya Melaka ke taman ini ialah 15 kilometers.



Menarik nyer tempat ne ialah kerana kita dapat info mengenai rumah- rumah Melayu terutama dari segi pembinaan dan pertukangan yang menggunakan cara lama. Tak menarik nyer kebanyakan rumah-rumah kat taman ne tak diselengara dengan baik. Banyak tiang dan dinding yang diperbuat dari kayu dah di makan anai-anai. Takut nyer kami bila melalui titi yang dibuat dari kayu...takut reput! Huhuhu...


Info:
Taman Mini Malaysia
Manage by:
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Aras4-11, Menara MITC-Jln. Konvensyen,
Kompleks MITC, 75450 - Air Keroh, Melaka.
Tel: o6-2324433/4455 Fax: 06-2324434
http://www.tmma.com.my

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU!

Selamat Pagi...
Kepada semua rakan - Kak Mawa ucapkan Selamat Tahun Baru! 2011
Tahun ne akak meraikan tahun baru bersama suami tersayang di Pizza Hut. Ketika masuk ke dalam restoran belum ramai lagi pelanggan. Akak pesan air asam boy, kopi dan meatball untuk sarapan pagi.