Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 30, 2011

PASAR RAYA BESAR

PENIPUAN DLM BENTUK CAJ BERLEBIHAN
DI KAUNTER BAYARAN - PASAR RAYA BESAR!

Selamat Petang Semua!
Ketika menyelak ruangan Forum dari akbar Utusan Malaysia pada 29.03.2011, Kak Mawar terbaca aduan dari pembaca yg bernama Pelangan Tertipu. Begini aduan beliau secara ringkas:

"Saya ialah suri rumah yang setiap tiga kali sebulan membeli- belah keperluan dapur (barangan kering) di pasar raya besar di sebuah kawasan Lembah Klang. Itulah rutin saya sejak bertahun-tahun dulu. Semalam saya seperti biasa ke pasar berkenaan. Kepercayaan dulu mengatakan membeli-belah di pasar raya adalah murah kerana kononnya peniaga bekenaan mendapatkan barangan mereka secara pukal dan boleh dijual dengan harga lebih rendah daripada kedai-kedai runcit. Belian di pasar raya hiper kini sebenarnya bukan lagi satu pilihan yang tepat. Selain daripada harganya yang semakin tidak setabil, berlaku juga beberapa kejadian yang sepaptutnya kita sebagai pengguna lebih berhati-hati apabila berurusan dalam kuantiti yang banyak dipasar raya seperti ini.

Semalam saya buat ke sekian kalinya mendapati resit yang saya bayar dicaj berlebihan. Saya mengesyaki dicaj lebih setelah mendapati harga yang tercatat terlalu tinggi untuk barangan yang dibeli. Sesampainya di kereta saya rasa tidak sedap hati. Lalu sebalum memandu keluar saya meneliti satu persatu harga barangan di resit tersebut. Saya mendapati telur satu dulang yang harganya RM9.90 dicaj sebanyak RM31.90. Minyak masak yang saya lihat dirak dengan harga RM19.90 dicaj sebanyak RM23.49. Lalu saya terus ke kauter khidmat pelanggan untuk mengadu. Tanpa rasa bersalah mereka memulangkan wang RM25.59.

Setelah beberapa kali saya mengalami insiden yang sama, saya yakin ia disengajakan. Saya merasakan ia adalah perbuatan tidak amanah yang berlaku di kaunter bayaran. Jika seorang pelanggan boleh dikutip sebanyak RM25, bayangkan ratusan-malah ribuan orang yang membeli dipasar raya tersebut terutama semasa waktu gaji terkene...

Jika benarlah kegiatan tidak amanah itu berlaku ia sangat-sangatlah tidak patut kerana pelanggan kini bukan saja amat tertekan dengan harga barangan yang semakin tidak menentu tetapi juga terpaksa berhadapan dengan penipuan yang mereka sedari itu. Untuk para pengguna pula jangan hanya kutip barang, isi dalam kereta tolak,bayar dan terus berlalu. Nasihat saya ialah teliti semula satu persatu senarai barang yang dibeli itu. Mungkin ada yang "tersalah tekan" oleh juruwang di kaunter bayaran ".