Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 2, 2014

SINGGAH RUMAH ADIK MISAH


Assalamualaikum! Agak lama juga Kak Mawa tidak menaip kat blog Sosialdiari. Kisahnya! Minggu lepas, pagi-pagi lagi Kak Mawa bawa emak ke UTC Sentul,  uruskan pasport kerana hendak melakukan ibadah umrah dan ziarah. InshaAllah!

Selepas satu jam, pasport Kak Mawa dan emak siap. Kami tinggalkan UTC Sentul menuju Poliklinik Zainee yang terletak di Jalan Sungai Tua, Batu Cave. Pada masa yang sama kami hubungi adek Misah, bagitau nak singgah kat rumah nanti.

Di Klinik Zainee, walaupun ramai pesakit tetapi urusan untuk mendapatkan kad International Certificates of Vaccination tidaklah lama. Lepas itu kami singgah di rumah adek Misah untuk bertanya khabar!

Jam 1145 pagi - kami berehat dirumah adek Misah sambil menikmati air blackberry, yellow tea dan cup kek oren. Sementara menunggu waktu solat Zohur, adek Misah sibuk didapur menyediakan jaduad untuk makan tengahari!