Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 20, 2011

CUTI! 3 HARI 2 MALAM

Selamat Pagi!
Kak Mawa ambil cuti sempena Hari Malaysia. Kali ini Kak Mawa bercuti bersama suami,
adek ipar dan anak buah. Percutian 3 hari 2 malam memang sudah dirancang lebih awal-
iaitu ingin bercuti ke Taman Negara dan tinggal kat Kuala Tahan tanpa TV dan Suratkabar!










































Oleh kerana bercuti kali ne ada aktiviti Jungle Trekking, Kak Mawa kene bawa beg galas, baju sejuk, kamera, loction anti nyamuk, loction sun block, sepasang kasut dan seliper. Bila dah berada kat Negeri Pahang ne tentulah teringin nak makan durian musang king, ikan patin masak tempoyak,(sebenarnye Kak Mawa tak minat ikan patin) dan makan buah salak! Hari kedua, makan tengahari dapatlah rasa ikan patin masak ciliapi. Fulamak! Ikan patin ne takde lemak - tak macam ikan patin kat KL. Pedasnye pulak boleh tahan. Hari ketiga pulak, masa dalam perjalanan menuju KL, singgah kat tepi jalan - nak rasa durian musang king. Wow! Rasanye memang sedap, tapi tak boleh makan banyak-takut darah tinggi.



Aktiviti masa bercuti kat Taman Negara ne, 1st day Kak Mawa pergi berjalan kat canopy
walkway yang terpanjang di dunia. Lepas tu naik bot pergi Kg Orang Asli. Hari kedua pulak, pergi Lubok Simpon yang jaraknye lebih kurang 500 meter dari Centre Park Perhilitan. Tak puas hati, kami ge jungle trekking ke Bulatan Paya! Ah...kat sini KakMawa tak patut pergi - banyak pacat! Lepas makan tengahari, kami bercadang nak ge birdwatching. Kalau ikut papan tunjuk arah kat Centre Park, tak ada pulak laluan ke birdwatching! Apahal pun kami nak juga masuk hutan ikut laluan chalet Mutira Taman Negara.


Jalan punye jalan, akhirnye sampai ke sempadan antara chalet dengan hutan paya. Olih kerana
tak ada penunjuk arah dan berapa jauh lokasi nak dituju, kami berpatah balik- takut sesat!
Hari terakhir di Kuala Tahan, Chek-out jam 09.30 pag i! Ketika meninggalkan Kuala Tahan,
makin ramai orang yang datang untuk bercuti! Taman Negara memang best kalau bercuti
dengan keluarga atau kawan-kawan. Jumpa lagi, dan salam sayang dari KakMawa!


Monday, September 12, 2011

JEMPUTAN LEPAS RAYA!


Salam dari Kak Mawa!

Lama dah tak menaip kat blog. Bukan takde story, tapi lepas Raya ne sibuk pulak dengan jemputan rumah terbuka, majlis bertunang d
an majlis perkahwinan. Minggu ne kat tempat kerja ada jamuan makan, kerana ada staff naik pangkat dan ada yang kene tukar ke-bahagian lain. Surau tempat Kak Mawa tinggal pulak, minggu depan ada Jamuan Hari Raya pada 18 Sept.2011.



Minggu lepas ge Gombak, majlis perkahwinan anak Ude. Lepas tu ge Kg Nakhoda majlis pertunangan Gege. Ada gak jemputan rumah terbuka kat Subang Jaya dan lain-lain. Sayangnye tak dapat pergi! Kak Mawa minta maaf banyak-banyak ........!






























































Posted by Sosialdiari

Wednesday, July 6, 2011

SAKIT SENDI


Salam!
Balik dari kerja semalam, Kak Mawa buka peti surat dan terima sampul surat yang tertara nama Elken Club. Sudah lama Kak Mawa tidak menjadi ahli Elken kerana bertukar kepada jenama Cosway. Bukan Kak Mawa nak bagitau jenama tu bagus dan jenama ne tak bagus! Kaka Mawa pilih Cosway kerana banyak pilihan dan produknya serasi pulak dengan Kak Mawa.

Walaupun Kak Mawa tidak menjadi ahli Elken lagi, sekiranya ada produk yang Kak Mawa minat, Kak Mawa akan beli melalui kawan pejabat yang sudah lama menjadi ahli Elken. Ketika membelek majalah Elken Club, Kak Mawa tertarik dengan kandungan mengenai kesihatan yang bertajuk Pecahkan Mitos.

"Mitos lazim tentang masalah sendi ialah bahawa ia hanya menyerang warga tua. Menurut Pusat Untuk Kawalan Penyakit Dan pencegahan (CDC), artritis dan masalah sendi yang kronik akan menjejaskan seorang daripada 3 orang dewasa. Masalah sendi boleh berlaku kepada orang yang berbeza, dari latar belakang yang berbeza, pada sebarang umur".

RISIKO PEKERJAAN
"Saya terikat pada kerja di hadapan komputer dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Akibatnya, saya menderita sakit keseluruhan bahagian belakang bawah dan leher saya. Saya pernah cuba untuk mengubah posisi kerusi saya malah meninggikannya dengan bantal tetapi tidak banyak membantu. Amat memalukan untuk memberitahu orang lain bahawa saya mempunyai masalah sendi yang kronik kerana ia sering dikaitkan dengan 'penyakit orang tua'.

Zalina Ibrahim, 32
Setiausaha Eksekutif

*Jadi, apakah yang dapat anda lakukan? Ketahui jawapan dalam Elken Club bulan hadapan!

Monday, June 20, 2011

BELUM PUASA DAH RAYA!

Salam!!!
Setiap hari Sabtu! Sesak nafas kalau nak ge shopping... Sebelum shopping pagi tu ingat nak sarapan dulu. Sarapan kat Macdoc-Sogo. Boleh makan burger dengan kopi panas. Masuk je kat Sogo Shopping Mall..... Ramai-nye kaum. Xde meja kosong. Semua restoran, cafe & stall penuh. Naik tingkat enam, tentu kat foodcourts ada meja kosong. Kat sini pun ramai kaum!

Terfikir pulak nak sarapan di Medan Mara. Masa nak melintas ke Medan Mara, terpandang stall-stall kat situ sudah penuh dengan pelanggan, jadi terpaksalah berjalan menuju ke Maju Junction Shopping Mall. Kat Foodcourts ne memang banyak meja kosong. Dah sampai kat sini tak tau pulak nak makan apa! Jalan dari satu stall ke satu stall. Akhirnya Kak Mawa sarapan sambil makan tengahari!

Lepas makan kak Mawa bercadang nak beli kain ela untuk pakaian ke pejabat dan pakaian menjelang Hari Raya. Menyusuri Jalan Tuanku Abd. Rahman pada hari Sabtu, saperti besok dan nak puasa! Ramai ibu bapa datang shopping kat sini kerana harga yang berpatutan. Kalau anda berniat hanya hendak membeli kain ela, eloklah terus ke kedai kain ela. Jangan melencong dilorong belakang, pasal setiap hari Sabtu dilorong belakang ada pasar! Kat lorong sempit inilah ramai orang yang tujuannye tidak diketahui. Silap haribulan mungkin beg duit anda kene copet! ( Copet dari bahasa Indonesia yang bermaksud kene curi atau kene ragut).

Orang KL kalau ada duit, kira macam raya! Hehehe...


Monday, June 13, 2011

TANGKAK & HERITAGE CITY




Salam kepada rakan semua!
Bulan Jun 2011 adalah percutian yang telah Kak Mawa rancang untu ke Melaka Bandar Bersejarah. Sampai saja ke hotel, terus diajak suami ke Sungai Melaka. Kak Mawa terpaksa menolak kerana cuaca diluar agak panas. Petang sedikit barulah Kak Mawa keluar ke jeti Taman Rempah untuk menaiki bot Melaka River Cruise. Sepanjang menyusuri Sungai Melaka dapatlah Kak Mawa melihat perubahan daripada sebuah sungai yang dahulunya lesu , kotor dan tidak terurus kini telah menjadi lokasi yang patut dikunjungi.



Pagi esoknya salepas sarapan, Kak Mawa ajak suami pergi ke Tangkak. Dari pusat bandar Melaka keluar menuju Ayer Keroh ikut lebuhraya menuju pekan Tangkak. Sesampai je kat pekan Tangkak, kelihatan deretan kedai menjual kain ela dan kedai menjual kain langsir yang diwar-warkan cukup murah. Betul ke murah! Dah sampai kat Tangkak kalau tidak membeli tak sah. Kak Mawa belilah sedikit kain ela dan kain langsir untuk menyambut Hari Raya nanti. Yang dikatakan murah tu tidaklah murah! Ada yang murah dan ada juga yang lebih mahal dari harga di Kuala Lumpur.




Monday, May 9, 2011

PANTAI BLUE LAGOON

Pantai Blue Lagoon!
Tempat kami berkumpul pada hari Sabtu. Pantai ne tidak jauh dari Rumah Api Tanjung Tuan. Pantai yang mengadap Laut Selat Melaka ini adalah salah satu pantai yang terpanjang di Malaysia. Di-sini aktivit pantai adalah saperti parasailing, canoeing, yachting dan speed boat.

Walaupun telah di sediakan beach aktivit yang berbayar, kami lebih rela buat aktiviti tanpa mengeluarkan rm! Aktiviti kami ialah macam main bowling kelapa kering, atau main belon air. Ada gak yang main pasir! Macam buat istana pasir gamak nye....



Waktu nak balik KL- kami kumpul dan klik!
Keterangan photo ikut pusingan jam ialah :

Berdiri Belakang :Izati, Roosyatimah, Hajarah, Azura, Ummi, Narul, Rosmah, Zaharah, Mawa, Shila, Sidah, Mai Sare, Fadilah, Siti Awa dan Mat Siong. Duduk barisan depan: Abd. Razak, Mansor, Zulkefli, Khairul Annuar, Herman, Shahril, Mat, Shah dan Rozaimi.

Pantai Blue Lagoon
Port Dickson-Negeri Sembilan
Sabtu 7hb May 2011 - DBKL

Wednesday, March 30, 2011

PASAR RAYA BESAR

PENIPUAN DLM BENTUK CAJ BERLEBIHAN
DI KAUNTER BAYARAN - PASAR RAYA BESAR!

Selamat Petang Semua!
Ketika menyelak ruangan Forum dari akbar Utusan Malaysia pada 29.03.2011, Kak Mawar terbaca aduan dari pembaca yg bernama Pelangan Tertipu. Begini aduan beliau secara ringkas:

"Saya ialah suri rumah yang setiap tiga kali sebulan membeli- belah keperluan dapur (barangan kering) di pasar raya besar di sebuah kawasan Lembah Klang. Itulah rutin saya sejak bertahun-tahun dulu. Semalam saya seperti biasa ke pasar berkenaan. Kepercayaan dulu mengatakan membeli-belah di pasar raya adalah murah kerana kononnya peniaga bekenaan mendapatkan barangan mereka secara pukal dan boleh dijual dengan harga lebih rendah daripada kedai-kedai runcit. Belian di pasar raya hiper kini sebenarnya bukan lagi satu pilihan yang tepat. Selain daripada harganya yang semakin tidak setabil, berlaku juga beberapa kejadian yang sepaptutnya kita sebagai pengguna lebih berhati-hati apabila berurusan dalam kuantiti yang banyak dipasar raya seperti ini.

Semalam saya buat ke sekian kalinya mendapati resit yang saya bayar dicaj berlebihan. Saya mengesyaki dicaj lebih setelah mendapati harga yang tercatat terlalu tinggi untuk barangan yang dibeli. Sesampainya di kereta saya rasa tidak sedap hati. Lalu sebalum memandu keluar saya meneliti satu persatu harga barangan di resit tersebut. Saya mendapati telur satu dulang yang harganya RM9.90 dicaj sebanyak RM31.90. Minyak masak yang saya lihat dirak dengan harga RM19.90 dicaj sebanyak RM23.49. Lalu saya terus ke kauter khidmat pelanggan untuk mengadu. Tanpa rasa bersalah mereka memulangkan wang RM25.59.

Setelah beberapa kali saya mengalami insiden yang sama, saya yakin ia disengajakan. Saya merasakan ia adalah perbuatan tidak amanah yang berlaku di kaunter bayaran. Jika seorang pelanggan boleh dikutip sebanyak RM25, bayangkan ratusan-malah ribuan orang yang membeli dipasar raya tersebut terutama semasa waktu gaji terkene...

Jika benarlah kegiatan tidak amanah itu berlaku ia sangat-sangatlah tidak patut kerana pelanggan kini bukan saja amat tertekan dengan harga barangan yang semakin tidak menentu tetapi juga terpaksa berhadapan dengan penipuan yang mereka sedari itu. Untuk para pengguna pula jangan hanya kutip barang, isi dalam kereta tolak,bayar dan terus berlalu. Nasihat saya ialah teliti semula satu persatu senarai barang yang dibeli itu. Mungkin ada yang "tersalah tekan" oleh juruwang di kaunter bayaran ".