Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 8, 2012

Jodoh & Pertemuan


Salam!
Jemputan Majlis Resepsi pasangan pengantin Shila Majid &
Ahmed Faez, pada malam Sabtu
7hb. April 2012 bertempat di Wisma Sejarah. Ramai gak saudara-mara yang tak tau kat mana
letaknya Wisma Sejarah! Lokasi berhampiran Hotel Putra, diapit sabelah kiri Hospital Pusrawi dan sebelah kanan Perpustakaan Negara Malaysia. Seminggu sabelum majlis, Majid bapa kepada
Shila ada call bagaitau, ada sediakan bilik untuk emak. Majid juga a
da sediakan apartment kat
KL Plaza untuk warga emas saperti Kakak ipar, adik ipar dan sepupu Kak Mawa. Mereka ne tinggal jauh dari KL dan memang patut mendapat kemudahan tersebut. Apapun Kak Mawa ucapkan terima kasih kepada adik ipar (Majid) kerana menaj
a sabuah bilik untuk emak kat Hotel Putra!





























Sunday, March 25, 2012

Jom Ge Shida Kahwin!




Ahad, 25 Mac 2012 - Bandar Tun Razak!

"Beras kunyit kami taburi, Air mawar direnjis wangi, Berkem
bang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi
datang merai, Semoga majlis bertambah seri".







Jam 1230 tengahari, Kak Mawa sampai kat depan bangunan DBKL. Nasib dikira baik gak, pasal masih ada tempat kosong untuk letak kereta. Lepas tu jalan kaki sikit ke arah Station LRT -
Bandaraya. Lama tak naik LRT! Dah tak guna tiket kad pulak. Kali ne kene masukan harga tiket
ke dalam mesin layan diri untuk dapatkan 'token' yang besarnya lebih kurang saiz silling 20 sen.


Kat Station jumpa pulak My Sara dengan Emma dua beranak. Tak le lama sangat menunggu LRT! Bila masuk LRT, nampak pulak kelibat si Aishah anak beranak. Seronoklah kami berbual! Dari station Bandaraya, LRT bergerak melalui Mesjid Jamek, Plaza Rakyat, Hang Tuah, Pudu, Chan Sow Lin, Cheras, Salak Selatan dan samapilah kami di station Bandar Tun Razak.



Sampai udah kami kat rumah Shida. Ramai tetamu t
engah menjamu selera. Sambil makan
nampak kelibat Siti Ghani dan Moktar Sanusi. Selesai makan sempat possing denagn kawan-
kawan! Lepas majlis kat rumah Shida, kita akan bertemu pulak kat rumah Amat pada hari
Ahad, 1 April 2012. Bertempat di No 17, Jalan Bunga Kemboja 10, Taman Muda, Kuala Lumpur.
Kalu Shida memilih warna tema biru, warna tema apa pulak yang di pilih olih Amat!


Sebagai penutup story Jom Ge Shida Kahwin! Kak Mawa salin semula baris-baris doa yang
dicetak di-bahagian belakang kad undangan dari Shida & Amat. "Ya Allah, Satukanlah hati
kedua mempelai ini, seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan
seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon restuMu, berkatilah majlis ini dan lindungilah agar ia berada di dalam keadaan
yang sempurna. Semoga jodoh perkahwinan pasangan ini Shida dan Amat berkekalan sehingga
ke akhir hayat, di dunia dan akhirat, dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah".
Amin Ya Rabbal Alamin!

Publish Post by Sosial Diari


Saturday, February 18, 2012

Utusan Raja Sehari!


Salam!
Kak Mawa baru balik dari majlis perkahwinan anak lelaki kepada pasangan Hj Mohd Ali dan
Hajjah Norliah binti Shaaban iaitu Khalis dengan Fazlina yang diadakan di Dewan MPAJ AU5,
Taman Keramat, Kuala Lumpur. Masa Kak Mawa dalam perjalanan menuju AU5 - melalui
MMR2, langit mendung. Sampai je kat pintu dewan MPAJ, Kak Mawa disambut Hajjah Nor
sekelurga. Masa masuk ke dalam dewan, pengantin udah sampai dan terus naik ke atas pentas.
Beratur ambik makanan di kauter, yang disediakan olih tuan rumah dari Sri Payung Catering.
Sambil makan, berbual dengan kawan-kawan lama dan waktu nak balik ujan turun dengan lebat.

Nota : Jika anda sedang tercari-cari catering untuk jamuan atau sewa Canopy, Andaman, Jurufoto, Pa sistem, Silat, Nasyid atau Karaoke, boleh hubungi Mohd Aslah Lias di talian 013-206 2523 atau terus ke alamat No 4G, Jalan Pertama 7, Pandan Utama, 68000 Ampang, Selangor.

Publish post by Sosial Diari


Monday, January 30, 2012

Shila Majid & Ahmed Faez!


Selamat Pagi!
Sabtu - 28hb Januari 2012, Kak Mawa pergi jemputan pernikahan anak buah, Shila Majid dengan Ahmed Faez.
Jam 0900 pagi keluar dari umah pasal Kak Mawa cadang
nak sarapan di sekitar Keramat. Lepas sarapan kami gerak
arah Ukay. Singgah di umah Shila dan tolong apa yang patut!




















Jam 1230 tenghari kami bertolak menuju ke Masjid Bukit Antarabangsa. Sampai kat pintu
masjid ramai dah saudara-mara dan kengkawan menanti upacara akad nikah. Upacara akad
nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Lepas tu upacara sarung cincin dan apalagi
sesi bergambarlah! Selesai acara di Masjid kami sambung pulak acara makan-makan di umah
Shila. Jamuan yang disediakan ringkas aje sebab Shila dan Faez akan buat jamuan makan
malam pada 7hb April 2012 di Wisma Sejarah. "Datang! Jangan tak datang" Hehehe...


Publish Post by Sosialdiari


Thursday, December 29, 2011

Fusion Salad!


Salam Tahun Baru 2012!
Semuga anda semua sihat walafiat.

Minggu lepas Kak Mawa hantar emak balik ke kampong, (setelah emak berehat kat KL dan Alor Gajah). Pagi minggu masa nak pandu balik ke KL, singgah le sekejap kat pasar Behrang. Beli sikit pucuk gajus dan ulam raja. Kalau makan dengan nasi baru ditanak dan ulam cecak sambal tempoyak-pehhhh! sedap tu.

Fusion Salad!
Sampai kat umah teringgin pulak nak pelbagaikan pucuk ulam raja dan pucuk gajus. Teringat suami pernah ajar buat Turkist Salad dan Bangla Salad. Chacked kat chiller masih ada timun dan sebiji tomato. Kak Mawa pun buatlah salad gabungan timur tengah yang diberi nama Fusion Salad.



Bahan-bahanya: Timun, tomato, bawang, ulam raja dan pucuk gajus dihiris halus. Lepas tu
potong 3 tangkai cili api dan setangkai cili hijau. Bubuh sedikit gula, minyak zaiton, cuka dan secubit garam. Gaulkan semua bahan tersebut dan hidangkan. Makan bersama nasi putih yang baru dimasak bersama ikan bakar dan kuah asam.


Publish Post by Kak Mawa!