Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2010

PENJARA PUDU

Penjar Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibena daripada batu- bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibena pada Febuari 1891 dan siap Ogas 1892. Kos bagi
pembinaan tembok ini sahaja bernilai Rm 15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).

Apabila, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan
cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja
pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu, ini memberi isyarat bahawa penjara
yang menyimpan seibu satu kenangan yang mempunyai tembok setinggi 4.5 meter dan
sepanjang 394 meter serta mural yang di lukis oleh banduan sepanjang 384 meter, yang
terpanjang di dunia akan dirobohkan pada Selasa, 22 Jun 2010.


Manjapri -
Sosial Diari Blog

No comments:

Post a Comment