MENGHIJAUKAN KUALA LUMPUR
Pembangunan bandar raya Kuala Lumpur bermula sejak awal abad ke-19
melalui kewujudan penempatan orang Melayu dan Orang Asli di sepanjang
Sungai Kelang. Penduduk Melayu dikatakan menjalankan aktiviti melombong
bijih timah secara kecil-kecilan sementara menunggu musim menuai padi.
Pada tahun 1857, para pelombong dari China mula datang ke Kuala Lumpur
dan menjadikannya lokasi perdagangan barangan keperluan pelombong
bijih timah. Pembangunan pesat ketika itu mendorong penubuhan Sanitary
Board pada tahun 1890 untuk menjalankan peranan mentadbir pasir, menguat-
kuasakan pembersihan, membersihkan jalan dan lorong, membina lampu jalan
serta mengawal pembangunan bandar.
Pada 1946, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur ditubuhkan untuk mengambil
alih tugas Sanitary Board. Salepas negara mencapai kemerdekaan, Kuala Lumpur
diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan dikurniakan status bandar raya
pada 1 Febuari 1972.
Antara lokasi yang bakal menjadi tarikan terbaru Kuala Lumpur ialah projek
menaiktaraf Taman Tasik Perdana yang berusia lebih 122 tahun sebagai Taman
Botani. Projek bernilai 30 juta yang melibatkan tiga fasa itu dijangka siap dalam
masa lima tahun. Taman Tasik yang dulunya dikenali sebagai Lake Garden dinaik
taraf oleh Perdana Menteri kedua, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada
1 Mei 1975.
Taman Botani yang bakal dibina itu diharapkan akan menjadi identiti dan tarikan
utama di bandar raya Kuala Lumpur. Selain menghijaukan taman-taman rekreasi,
projek mengindahkan laluan pejalan kaki dan pembahagi jalan dengan kehijauan
pokok dan keindahan tanaman bunga turut diadakan. Kesemua itu dilakukan demi
menghijaukan Kuala Lumpur yang lestari.
Salin dari : Rohani Ibrahim
rencana@utusan .com.my
Dengan modal sebanyak 30 juta tu, ramailah
ReplyDeletepeniaga Bumiputra dapat job! Janganlah dok
bagi kroni aje...