Friday, February 25, 2011
SARAPAN PAGI
Selamat Pagi!
Kak Mawar baru je balik dari sarapan pagi kat warung mamak. Hujung minggu selalunye Kak Mawar tak sarapan kat umah......
Cerita pasal sarapan ne, Kak Mawar pun dah tak tau nak sarapan apa. Hari Isnin hingga Jumaat adalah waktu kerja Kak Mawar. Selalunye sarapan roti canai atau nasi lemak. Kekadang kalau dah jemu Kak Mawar bawa bekal dari umah.
Oleh kerana dah jemu makan roti canai, nasi lemak atau mee goreng, teringin nak sarapan roti bakar dan telur setengah masak. Sayangnye rutin hujung minggu sarapan roti bakar dah tak boleh, pasal kopitiam yang selalu Kak Mawar jadikan port dah pindah kat Mutiara Damansara.
Di kawasan perumahan Kak Mawar ne hanya di- kelilingi Kedai Mamak. Waktu malam pulak gerai-gerai Tom Yam. Susah nye nak tenguk gerai atau restoran Melayu. Kalau ada gerai Melayu pun, nampak macam baru nak belajar berniga je! Kelam-kabut tak tentu pasal, kekadang tu tak sedap pulak masakan nye.
Nak sedap? Mudah je jawapannye! Masak sendiri...Hehehe!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment