Monday, October 24, 2011
Coffee Latte & Sepotong kek!
Salam untuk semua blogger!
Dah lama gak Kak Mawa tak up-date blog ne. Nak masukan entri terbaru, tapi takde cerita! Tiga minggu lepas Kak Mawa ada cuba tukar template terbaru dari Dynamic Views X, tapi tak berkenan pulak. Last-last balik kepada template asal iaitu dari Awesome Inc.
Ulang Tahun Kelahiran!
Pada 19hb Oktober lepas adalah hari jadi Kaka Mawa. Tapi lambat nak publish post - dan pagi ne baru ada free! Cerita pasal ulang tahun ne, selalunye dapat hadiah, ge makan-makan. Tak tau pulak nak ge makan kat mana! Last sekali ambik keputusan ge restoran yang paling dekat dengan umah. Pagi-pagi lagi Kak Mawa dah keluar umah menuju restoran. Cadangnye nak makan pasta dan salad.
Coffee Latte!
Bila masuk je kat dalam outlet, pelayan bagi menu tapi katanye makanan tak ready lagi!
Pasal dah duduk dan malas nak ge restoran lain, pesan jugalah coffee latte dan sepotong kek!
Pagi-pagi camne memang bagus minum kopi. Kopi yang dipesan gunakan mesin, jadi takleh
kita nak komen! Bagusnye minum kopi ne, sebab dalam kopi ada kafeina. Unsur kafeina inilah
yang memberikan kesan rangsangan dan mengekalkan kesegaran yang berpanjangan. Dengan
ayat lain- kira tak ngantoklah! Kajian juga menunjukan bahawa meminum kopi boleh menggiatkan aktiviti mental seperti daya persepsi, tumpuan dan reaksi.
Moist Chocolate!
Kak Mawa pesan sepotong kek kegemaran iaitu Mousse Choklat. Kek yang dipamer dalam
chiller memang menarik, tapi tak tau lagi rasanye. Ikutkan ayat motto restoran ne ialah "Fine
Quality Cakes', tu sebab nak rasa! Bila kek sampai memang menarik, kerana topping coklat
yang diatas cair sedikit dalam piring satelah dipanaskan dalam maikrowave. Rasanye boleh tahan tetapi bahagian dalam kelihatan kering dan berderai. Maksudnye taklah mousse! Kak Mawa bukan pakar kek, tapi dah biasa makan Mousse Choklat kek. Selalunye kek yang baru dihasilkan akan lembab dibahagian dalam dan span pula tidak berderai apabila dipotong. Kemungkinan kek yang dihidangkan telah tamat tempoh. Soalnye berapa lama tempoh kek boleh disimpan dalam chiller? Hanya pakar kek je yang boleh jawab. (Sayang nak buang kot!)
Brownies!
Awal tahun lepas ada gak minum kat outlet ne. Pesan ikut menu iaitu Brownies, tapi yang
sampai kat meja chocolate kek. Tau ke pelayan tu perbezaan chocolate kek dengan chocolate
brownies! Atau restorannye takde jual brownies, hanya jual kek yang warna dan rasanye memang brown! Nak tergelak pun ada. Sabenarnye kita dah biasa dijamu dengan kek basah atau kek kering, tetapi jarang sekali kita dijamu dengan brownies. Ada banyak jenis brownies contohnye saperti chocolate chunk, mocha atau fudgy dan lain-lain. Kalau ikutkan Kak Mawa, brownies ne tergolong dalam kelompok biscuits dan slices! Entah betul tah tidak, kenelah tanya pakar yang bikin kek. Sekianlah celoteh Kak Mawa kali ne dan jumpa lagi dilain entri!
Publish post by Sosial Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment