Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 30, 2011

Tg Malim ke Alor Gajah


Pagi ne terima berita!
Mak Cik meninggal...jadi ambil 2 hari cuti kecemasan. Balik Tg Malim dan tolong apa yang patut pasal malam pertama nak buat kenduri tahlil. Petang Khamis pergi Alor Gajah pulak, dah janji dengan anak buah nak bagi hadiah kerana berjaya dalam keputusan peperiksaan. Bila dah ada kat Alor Gajah, anak-anak ajak pulak ge Air Keroh... Inilah photo-pic yang sempat Kak Mawar upload kat blog ne...



Sampai di Air Keroh anak-anak nak ge Taman Mini Malaysia. Walaupun tinggal lama kat Melaka bebudak ne tak pernah lagi melawat Tmn Mini Malaysia & Asean. Berpandukan pemplet yg diambil dari kauter bayaran masuk, taman ini mempunyai 13 rumah Melayu dan 12 rumah traditional Asean. Jarak dari bandaraya Melaka ke taman ini ialah 15 kilometers.



Menarik nyer tempat ne ialah kerana kita dapat info mengenai rumah- rumah Melayu terutama dari segi pembinaan dan pertukangan yang menggunakan cara lama. Tak menarik nyer kebanyakan rumah-rumah kat taman ne tak diselengara dengan baik. Banyak tiang dan dinding yang diperbuat dari kayu dah di makan anai-anai. Takut nyer kami bila melalui titi yang dibuat dari kayu...takut reput! Huhuhu...


Info:
Taman Mini Malaysia
Manage by:
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Aras4-11, Menara MITC-Jln. Konvensyen,
Kompleks MITC, 75450 - Air Keroh, Melaka.
Tel: o6-2324433/4455 Fax: 06-2324434
http://www.tmma.com.my

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU!

Selamat Pagi...
Kepada semua rakan - Kak Mawa ucapkan Selamat Tahun Baru! 2011
Tahun ne akak meraikan tahun baru bersama suami tersayang di Pizza Hut. Ketika masuk ke dalam restoran belum ramai lagi pelanggan. Akak pesan air asam boy, kopi dan meatball untuk sarapan pagi.





Friday, December 31, 2010

MAKAN NASI MINYAK!


Salam dan Selamat Tahun Baru!

Sabtu, 1 Januari 2011-bersamaan 26 Muharam 1432H, di Dewan Pusat Komersial Komuniti, Bandar Tun Razak berlansung majlis perkahwinan Mohd Syazwan dengan pasangannya Siti Nuraisya.

Kak Mawa dijemput oleh Hj Mohd Soffian bin Abdullah & Hjh Zarinah bt Ismail ke majlis tersebut. Tiba lebih awal iatu jam 11.45 pagi kerana salepas ini akan pergi ke majis perkahwinan satu lagi di Jinjang Utara.

Kak Mawa duduk semeja dengan Pn Salmah dan En Ayub sekelurga serta Zulkernain. Salepas makan nasi minyak dan klik! mana yang patut, Kak Mawa pun tinggalkan majlis tanpa menunggu pasangan bersanding...











Monday, December 13, 2010

WALIMATUL URUS DI - GERIK



Salam Semua!

Pada hari Sabtu, 11hb Disember 2010 ada jemputan dari adik ipar Kak Mawar iaitu Sulaiman Mat Piah. Jemputan majlis perkahwinan akan di adakan di Kg Perah, Gerik-Perak.
Majlis tersebut adalah sempena perkahwinan anak perempuan  En Shidun bin Jaafar & Pn Halimah bt Mat Piah.



Esoknye pulak Kak Mawar bersama keluarga Sulaiman pergi ke Baling, nak beli-belah. Kak Mawar beli buah ciku dan ikan pekasam. Ikan pekasam ne kalu goreng dan makan dengan pulut...sodap! Dah sampai kat pasar, apa lagi singgah lah makan laksa kedah, meehoon soup dan kopi o buatan orang kampong! Sedap ...Hehehe!

Monday, November 8, 2010

KUALA LUMPUR - HIJAU!

MENGHIJAUKAN KUALA LUMPUR

Pembangunan bandar raya Kuala Lumpur bermula sejak awal abad ke-19
melalui kewujudan penempatan orang Melayu dan Orang Asli di sepanjang
Sungai Kelang. Penduduk Melayu dikatakan menjalankan aktiviti melombong
bijih timah secara kecil-kecilan sementara menunggu musim menuai padi.

Pada tahun 1857, para pelombong dari China mula datang ke Kuala Lumpur
dan menjadikannya lokasi perdagangan barangan keperluan pelombong
bijih timah. Pembangunan pesat ketika itu mendorong penubuhan Sanitary
Board pada tahun 1890 untuk menjalankan peranan mentadbir pasir, menguat-
kuasakan pembersihan, membersihkan jalan dan lorong, membina lampu jalan
serta mengawal pembangunan bandar.

Pada 1946, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur ditubuhkan untuk mengambil
alih tugas Sanitary Board. Salepas negara mencapai kemerdekaan, Kuala Lumpur
diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan dikurniakan status bandar raya
pada 1 Febuari 1972.

Antara lokasi yang bakal menjadi tarikan terbaru Kuala Lumpur ialah projek
menaiktaraf Taman Tasik Perdana yang berusia lebih 122 tahun sebagai Taman
Botani. Projek bernilai 30 juta yang melibatkan tiga fasa itu dijangka siap dalam
masa lima tahun. Taman Tasik yang dulunya dikenali sebagai Lake Garden dinaik
taraf oleh Perdana Menteri kedua, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada
1 Mei 1975.

Taman Botani yang bakal dibina itu diharapkan akan menjadi identiti dan tarikan
utama di bandar raya Kuala Lumpur. Selain menghijaukan taman-taman rekreasi,
projek mengindahkan laluan pejalan kaki dan pembahagi jalan dengan kehijauan
pokok dan keindahan tanaman bunga turut diadakan. Kesemua itu dilakukan demi
menghijaukan Kuala Lumpur yang lestari.

Salin dari : Rohani Ibrahim
rencana@utusan .com.my


Wednesday, November 3, 2010

HARI JADI KU!




Salam kawan ku semua!
Tahun ne Kak Mawar raikan Hari Jadi kat Pizza Hut. Kak Mawar tiba direstoran jam 11.30, kira brekfast dan lunch sekali...hehehe! Masih awal untuk lunch kat Pizza Hut. Ketika Kak Mawar melangkah masuk restoran tak ramai lagi pelanggan. Kak Mawar pesan Coffee Floats dan suami Kak Mawar black coffee. Lepas tu pesan Hawaian Chicken Pizza dan Seafood Lasagne. Tidak lah lama sangat menunggu pizza dan lasagne sampai kat meja. Mula-mula makan lasagne dulu, pasal jarang-jarang makan lasagne. Fuh! sedap betul makan lasagne kat Pizza Hut! Yum...yum...yum..................Lepas tu makan sekeping pizza je, pasal perut dah kenyang. Baki separuh pizza terpaksalah dibungkus! Hehehe.........



Saminggu lepas tu ge JJ beli hadiah. Tahun ne dapat hadiah handbeg kuning. Dah puas pusing-pusing singgah kejap kat The Creperie, minum coffee ber- sama choc. crep. Dah kene secawan coffee baru terbeliak biji mata! Hehehe... Terima kacih yg ge ucap Hari Jadi & bagi hadiah!