Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 11, 2012

JPO, Danga Bay+ Stulang Laut


Salam! Minggu lepas Kak Mawa pergi bercuti ke Johor Bahru bagi menyambut hari lahir suami pada 7hb June 2012. Dalam perjalanan menuju Bandaraya Johor Bahru, kami singgah di Batu Pahat dan Johor Premium Outlets kat Kulaijaya. Hampir waktu petang baru kami sampai di pusat bandar JB. Lepas tu check-in di Hotel Citrus. Hotel yang telah beroperasi selama dua tahun ne, kelihatan bersih dan hiasan dalaman yang menarik. 

Satelah berehat sekejap, lepas waktu Magrib kami pergi melawat Danga Bay dan makan malam di situ. Lepas tu kami pergi pulak jalan-jalan kat pasar malam di bandar JB. Olih kerana cuaca sedikit sejuk berbanding KL, kami segera balik ke tempat penginapan. 

Hari kedua, selepas sarapan di Citrus cafe, Kak Mawa bersama suami  jalan-jalan di sekitar bandar JB. Lepas tu kami pergi melawat Kota Iskandar di Nusajaya. Petang pulak berkurung kat dalam bilik menanti waktu Magrib. Waktu malam kami pergi makan Mee Bandung kat Stulang Laut. Selesai makan, kami masuk ke  Zon Mall. Keluar masuk oulet, akhirnya Kak Mawa beli gak kasut sebagai tanda kenangan yang Kak Mawa pernah ke Mall bebas cukai. 

Balik dari Stulang Laut, singgah minum teh tarik dan makan otak-otak di lorong belakang Hotel Citrus. Selesai minum teh tarik, kami masuk bilik dan hujan lebat turun disekitar JB. Kene tido awal pasal besuk kami janji, lepas sarapan pagi kami nak check out jam 0930 pagi. Salam sayang dari Kak Mawa dan Jumpa Lagi!


Johor Premium Outlets (JPO)
Ammar@ Johor Premium Outlets
Majid & Mawa@ Danga Bay
Mawa & Suami@ Stulang Laut

pink jambu@ JPO
Nak makan malam@ Danga Bay!

Fun Fair@ Danga Bay

Danga Bay
Lobby Citrus Hotel@ Jalan Station JB



Jalan-jalan di sekitar JB



Wednesday, May 30, 2012

SAJIAN DAPUR BONDA: SUP CAMPUR

SAJIAN DAPUR BONDA: SUP CAMPUR: Kebiasaannya bila cuti hujung minggu begini, pagi-pagi lagi Kak Noor dan hubby akan ke pasar mencari lauk pauk dan sayur-sayuran untuk s...

Senang-senang singgahlah.....: Cuti Sekolah...Jom Jalan-jalan..

Senang-senang singgahlah.....: Cuti Sekolah...Jom Jalan-jalan..: Cuti Sekolah….Jom Jalan-jalan Cuti sekolah dah pun bermula…hari Jumaat lepas, hubby ambil kakak Diba di asrama sekolah…kami memang p...

Tuesday, May 1, 2012

Jamuan di Laman Tasik!


Salam! Malam tadi jam 0800 malam Kak Mawa pergi majlis     makan malam ala' party di Laman Tasik Titiwangsa - Kuala Lumpur. Majlis diadakan sempena meraikan pasangan pengatin baru diantara Mohd Irwan dan Norfadilah binti Hj Khalil. Walaupun Kak Mawa pernah masuk ke kawasan tasik ne dulu kerana tugasan, tapi malam tadi terlepas gak Jalan Kuantan yang menuju pintu masuk lokasi majlis! Terpaksa buat pusingan dalam suasana hujan gerimis dan laluan jalan yang sedikit gelap.
 
Pasangan pengantin Irwan@Uwan & Norfadilah!
Kelurga Pak Anjang!
Possing bersama adik Midah!
Gaya dua bersaudara!
Tetamu sedang menikmati jamuan ringkas!

Meja adik Ali bersama kak Ana!

Photo yang last ne, ketika pasangan pengantin nak mula makan. Ramailah jurugambar nak abdikan kenangan, termasuk si Lina! Apapun Kak Mawa ucapkan terima kasih dan "Selamat Berbulan Madu". Jumpa lagi di entri yang akan datang!
 


Sunday, April 8, 2012

Jodoh & Pertemuan


Salam!
Jemputan Majlis Resepsi pasangan pengantin Shila Majid &
Ahmed Faez, pada malam Sabtu
7hb. April 2012 bertempat di Wisma Sejarah. Ramai gak saudara-mara yang tak tau kat mana
letaknya Wisma Sejarah! Lokasi berhampiran Hotel Putra, diapit sabelah kiri Hospital Pusrawi dan sebelah kanan Perpustakaan Negara Malaysia. Seminggu sabelum majlis, Majid bapa kepada
Shila ada call bagaitau, ada sediakan bilik untuk emak. Majid juga a
da sediakan apartment kat
KL Plaza untuk warga emas saperti Kakak ipar, adik ipar dan sepupu Kak Mawa. Mereka ne tinggal jauh dari KL dan memang patut mendapat kemudahan tersebut. Apapun Kak Mawa ucapkan terima kasih kepada adik ipar (Majid) kerana menaj
a sabuah bilik untuk emak kat Hotel Putra!





























Sunday, March 25, 2012

Jom Ge Shida Kahwin!




Ahad, 25 Mac 2012 - Bandar Tun Razak!

"Beras kunyit kami taburi, Air mawar direnjis wangi, Berkem
bang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi
datang merai, Semoga majlis bertambah seri".







Jam 1230 tengahari, Kak Mawa sampai kat depan bangunan DBKL. Nasib dikira baik gak, pasal masih ada tempat kosong untuk letak kereta. Lepas tu jalan kaki sikit ke arah Station LRT -
Bandaraya. Lama tak naik LRT! Dah tak guna tiket kad pulak. Kali ne kene masukan harga tiket
ke dalam mesin layan diri untuk dapatkan 'token' yang besarnya lebih kurang saiz silling 20 sen.


Kat Station jumpa pulak My Sara dengan Emma dua beranak. Tak le lama sangat menunggu LRT! Bila masuk LRT, nampak pulak kelibat si Aishah anak beranak. Seronoklah kami berbual! Dari station Bandaraya, LRT bergerak melalui Mesjid Jamek, Plaza Rakyat, Hang Tuah, Pudu, Chan Sow Lin, Cheras, Salak Selatan dan samapilah kami di station Bandar Tun Razak.



Sampai udah kami kat rumah Shida. Ramai tetamu t
engah menjamu selera. Sambil makan
nampak kelibat Siti Ghani dan Moktar Sanusi. Selesai makan sempat possing denagn kawan-
kawan! Lepas majlis kat rumah Shida, kita akan bertemu pulak kat rumah Amat pada hari
Ahad, 1 April 2012. Bertempat di No 17, Jalan Bunga Kemboja 10, Taman Muda, Kuala Lumpur.
Kalu Shida memilih warna tema biru, warna tema apa pulak yang di pilih olih Amat!


Sebagai penutup story Jom Ge Shida Kahwin! Kak Mawa salin semula baris-baris doa yang
dicetak di-bahagian belakang kad undangan dari Shida & Amat. "Ya Allah, Satukanlah hati
kedua mempelai ini, seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan
seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon restuMu, berkatilah majlis ini dan lindungilah agar ia berada di dalam keadaan
yang sempurna. Semoga jodoh perkahwinan pasangan ini Shida dan Amat berkekalan sehingga
ke akhir hayat, di dunia dan akhirat, dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah".
Amin Ya Rabbal Alamin!

Publish Post by Sosial Diari