Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 11, 2012

JPO, Danga Bay+ Stulang Laut


Salam! Minggu lepas Kak Mawa pergi bercuti ke Johor Bahru bagi menyambut hari lahir suami pada 7hb June 2012. Dalam perjalanan menuju Bandaraya Johor Bahru, kami singgah di Batu Pahat dan Johor Premium Outlets kat Kulaijaya. Hampir waktu petang baru kami sampai di pusat bandar JB. Lepas tu check-in di Hotel Citrus. Hotel yang telah beroperasi selama dua tahun ne, kelihatan bersih dan hiasan dalaman yang menarik. 

Satelah berehat sekejap, lepas waktu Magrib kami pergi melawat Danga Bay dan makan malam di situ. Lepas tu kami pergi pulak jalan-jalan kat pasar malam di bandar JB. Olih kerana cuaca sedikit sejuk berbanding KL, kami segera balik ke tempat penginapan. 

Hari kedua, selepas sarapan di Citrus cafe, Kak Mawa bersama suami  jalan-jalan di sekitar bandar JB. Lepas tu kami pergi melawat Kota Iskandar di Nusajaya. Petang pulak berkurung kat dalam bilik menanti waktu Magrib. Waktu malam kami pergi makan Mee Bandung kat Stulang Laut. Selesai makan, kami masuk ke  Zon Mall. Keluar masuk oulet, akhirnya Kak Mawa beli gak kasut sebagai tanda kenangan yang Kak Mawa pernah ke Mall bebas cukai. 

Balik dari Stulang Laut, singgah minum teh tarik dan makan otak-otak di lorong belakang Hotel Citrus. Selesai minum teh tarik, kami masuk bilik dan hujan lebat turun disekitar JB. Kene tido awal pasal besuk kami janji, lepas sarapan pagi kami nak check out jam 0930 pagi. Salam sayang dari Kak Mawa dan Jumpa Lagi!


Johor Premium Outlets (JPO)
Ammar@ Johor Premium Outlets
Majid & Mawa@ Danga Bay
Mawa & Suami@ Stulang Laut

pink jambu@ JPO
Nak makan malam@ Danga Bay!

Fun Fair@ Danga Bay

Danga Bay
Lobby Citrus Hotel@ Jalan Station JB



Jalan-jalan di sekitar JB



No comments:

Post a Comment