Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 21, 2012

SALAM AIDULFITRI



Salam Aidulfiri kepada pembaca blog Kak Mawar. Hampir tiga bulan lebih Kak Mawa tak up date blog pasal takada aktiviti sosial yang menarik. Bulan Julai 2012, lansung tak ada entri nak ditaip.Lagi pun bulan tu Kak Mawa sibuk membeli kain ela, kain batik dan kain palekat di Jalan Tuanku Abd. Rahman KL. Bermula bulan Ogas, Kak Mawa mula menjahit baju untuk emak dan menjahit baju sendiri untuk dipakai pada hari raya. Lepas tu Kak Mawa buat kek dan biskut raya, taklah banyak mana pun!

Sehari sebelum hari raya, Kak Mawa balik kampong di Felda Gedangsa. Raya pertama, selepas solat aidulfitri, Kak Mawa pergi rumah Kak Ana di Meru, Kelang. Lepas tu berkonvoi ke rumah Kak Timah. Menjelang petang singgah di  pusara arwah bapa mertua dan lepas tu berkovoi menuju rumah kak Mawa di Felda Gedangsa. 

Hari raya kedua, Kak Mawa pergi ke pusara abah dan petang pulak Kak Mawa balik KL bersama emak, kerana emak nak beraya dengan keluarga terdekat di Gombak. Pagi hari raya ketiga, Kak Mawa udah keluar menuju rumah Uda di Gombak. Sayangnya Uda tak ada di rumah-jadi Kak Mawa terus singgah di rumah Busu Be'ah. Barulah puas hati emak bila dapat berjumpa adik beradik dan ahli keluarga terdekat. Selepas solat zohor, Kak Mawa tinggalkan rumah Busu Be'ah dan nak beraya di rumah Kak Peah dan Adik Misah di Kg Nakhoda. Dalam perjalanan menuju Kg Nakhoda tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya (Macam cerita seram pulak kan!). Kak Mawa teruskan perjalanan, bila sampai di depan rumah Kak Peah-pintu bermanga pulak. Lepas itu masuk satu lorong ke hadapan (rumah Adik Misah), bila menghampiri rumah Adik Misah, kereta tak ada dan pintu tertutup rapat-diaorang ne pasti keluar beraya!

Setakat ini sahaja cerita yang dapat Kak Mawa taip.Kepada pembaca blog ini, Kak Mawa memohun maaf sekiranya ada kata-kata Kak Mawa yang pernah menyinggung perasaan anda. Sekali lagi Kak Mawa ucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir & Batin dari Kak Mawa sekelurga!



No comments:

Post a Comment