Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 18, 2010

RAJA SEHARI



Perutusan Raja Sehari

Salam kepada blogger semua! Pada hari Ahad, 17 Oktober 2010 Kak Mawar ge jemputan Walimatul Urus dari keluarga Hj Jamal bin Hj Mahfodz, kerana majlis perkahwinan anak beliau Siti Aishah dengan Adzrul bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Komersial Komunuti, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Merancang nak ge Bandar Tun Razak, guna LRT dan letak kereta
sekitar primeter bangunan DBKL Jln Raja Laut. Dari perhentian LRT Bandaraya ke perhentian Bandar Tun Razak hanya memakan masa tidak sampai 30 minit. Sesampai je kat pintu masuk dewan...Hj Jamal serta isteri ada menanti tetamu. Salepas bersalaman terus masuk ke dalam dewan dan menunggu 2 remaja untuk memberikan door gift kepada setiap tetamu yang memasuki dewan.




Dalam dewan dah ramai tetamu sedang makan. Masa Kak Mawar sampai pun dah jam 0100 tengahari. Nampak semua meje dah ada tetamu. Cari punye cari dapatlah satu meja berhampiran meja pencuci mulut. Ambik sedikit nasi pelangi, seketul ayam goreng berempah dan sedikit sayur. Yam! yam! yam...sedap nasi pelangi!




Lepas makan Kak Mawar jumpa senior masa kat HQ dulu. Diaorang kebanyakan dah pencen! Masa nak balik pulak terjumpa Pn Siti kat pintu masuk. Bebual kejap dan sempat klik! dua -tiga pic! Hehehe...Datang dengan LRT balik KL pun dengan LRT lah!


Friday, October 15, 2010

BUAH PINGGANG SIHAT?




Apa khabar kawan ku semua!
Muga sihat walafiat hendaknya.

Pada 13 Oktober 2010, Kak Mawar terbaca berita mengenai dua artis masuk hospital kerana diserang sakit jantung. Artis tersebut ialah Yahya Sulong dan Yazit Search. Harapan Kak Mawar semuga mereka cepat sembuh.

Teringat Kak Mawar akan risalah mengenai penyakit buah pinggang yang Kak Mawar simpan. Apa kata kita berkongsi info mengenai penyakit ini :

Apakah Penyakit Buah Pinggang Kronik?

* Penyakit buah pinggang kronok berlaku bila seseorang individu mengeluarkan protin berlebihan didlm. air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara.

* Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekenan darah, dan kerosakan jantung dan salur darah.

Sebab utama Penyakit Buah Pinggang ialah :

1 - Diabetes
2 - Tekanan darah tinggi
3 - Keradangan pada buah pinggang
4 - Jangkitan kuman
5 - Batu karang
6 - Penyakit keturunan

Tanda dan Gejala

1- Ketidakselesaan atau rasa sakit semasa buang air kecil
2- Darah keluar bersama-sama air kencing
3- Perubahan kekerapan buang air kecil
4- Sakit belakang
5- Membuang air kecil kerap pada waktu malam
6- Bengkak pada pengelangan kaki
7- Sembab dikeliling mata yg belarutan, terutama pada sebelah pagi




Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda
dan gejala-gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang.
Ujian dan pemeriksaan awal adalah penting terutama jika anda berada di dalam
risiko mtinggi. Perkembangan penyakit ini boleh dilambatkan atau dihentikan
jika dikesan lebih awal.


Pesanan dari :
Yayasan Buah Pinggang
www.nkf.org.my Hotline: 1300-88-3110








Thursday, October 14, 2010

HARI KE- DUA


Salam!
Hari kedua open haus - 10/10/2010... Kak Mawar jemput saudara-mara, adik beradik dan jiran yang xdapat datang semalam. Photo pic jiran xdapat publish pasal kebanyakan pic tidak menarik dan goyang. Terima kasih kepada kengkawan, jiran dan saudara-mara yang sudi datang. Sekiranya ada kekurangan atau terkasar bahasa, harap maafkan!



Saturday, October 9, 2010

RUMAH KAK MAWAR






Selamat datang - ke blog Sosial Diari!
Pada hari Sabtu 9/10/2010 jam 1300 petang pintu umah dibuka untuk jamuan penutup Hari Raya. Persiapan dari jam 5.30 pagi hingga 1230 memang memenatkan, tapi bila tetamu pertama datang hati rasa gumbira - hehehe... Tetamu pertama sampai ialah Kak Midah sekeluarga, Eddy & Isteri dan Lela serta Hakim.




Menu yang Kak Mawar mampu sediakan hanyalah Roti Jala, Potato Chicken Salad, Pecal Java, Serunding Green Salad, Pasta Penny, Nasi Impit, Chicken Nugget, Sausage Roll. Yang ditempah dari luar ialah Nasi Bryani, Pulut Kuning dan Kek Lapis. Sebagai pencuci mulut Kak Mawar buat dadih dan Fruits Cocktail.


Jam 1430 petang CC datang bersama anak bongsu. CC baru balik dari kenduri kahwin,
jadi xlarat nak makan. Dah kenyang dah! Lebih kurang jam 1415, group dari DBKL tiba.
Kak Siti bersama suami sampai, lepas tu group DBKL terdiri dari Aisah sekeluarga, Mat Siong sekelurga, Amat & Sidah, My Sara, Lina, Narul, Siti Zara, Emma Rosmma. Lepas tu datang Pn Jamilah dan suami.




Jam 1630 petang datang pulak staff hotel. Lebih kurang jam 1645 datang lagi satu group dari Crown Hotel. Salepas gruop hotel balik, datang Sarimah dan Lia, lepas tu Lim datang.Jam 1900 petang datang Munu , Ray dan Ibrahim. Diorang balik datang pulak Wan, Khairil dan Dainel. Tak dapat duduk lamer lah si Wan pasal jiran-jiran pulak datang umah!




Terima kasih Kak Mawar ucapkan kerana sudi datang umah. Kepada KK
panjang umur boleh datang tahun depan... hehehe! Jumpa lagi pada open haus
hari kedua!

Kak Mawar
Sosial Diari



Saturday, October 2, 2010

RAYA RUMAH - PN JAMILAH


Salam Kengkawan blog SOSIAL DIARI...

Bulan Syawal sudah sampai ke-penghujung. Masa ne lah jiran, kawan
se pejabat ada masa untuk buat jamuan Hari Raya. Puan Jamilah juga
tak terkecuali. Aku dapat jemputan ge umah Pn Jamilah. Tahun lepas
rasa nyer aku tak ge...

Kali ne Puan jemput datang pada petang Sabtu-jam 1200 tengahari.
Aku dengan kengkawan DBKL dah pakat-pakat ge umah Pn Jamilah!
Lebih kurang jam 1300 tengahari kami sampai kat umah puan di- Tmn
Ibu Kota-Gombak. Tak lamer lepas tu Rezza, Amat, My Sara, Narul, Lina,
Emma Rosley, Shidah, Zack, Mj dan Aishah pun sampai.

Wah! Banyak nye makanan. Menu utama ialah Nasi Ayam...ader Nasi Impit,
Pulut Kuning, Rendang Daging, Serunding, Koktail Sausage, Potato Wadges dan
pencuci mulut pulak ialah buah anggur. Potato Wadges dan buah anggur sudah
menjadi "trde mark" umah Pn Jamilah.




Lepas makan, macam biasa lah...klik sane dan klik sini!
Suami Puan pulak petikan buah mangga dan bagi sekaki
payung sebagai tanda kenang-kenangan. Salepas ge salam
dan peluk- cium perpisahan, kami tinggalkan umah Puan
Jamilah sekelurga. Lepas ne kami nak ge Tmn. Shamelin
Perdana pulak!


Dari Kak Mawar
http://Sosialdiari.blogspot.com