Monday, October 18, 2010
RAJA SEHARI
Perutusan Raja Sehari
Salam kepada blogger semua! Pada hari Ahad, 17 Oktober 2010 Kak Mawar ge jemputan Walimatul Urus dari keluarga Hj Jamal bin Hj Mahfodz, kerana majlis perkahwinan anak beliau Siti Aishah dengan Adzrul bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Komersial Komunuti, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Merancang nak ge Bandar Tun Razak, guna LRT dan letak kereta sekitar primeter bangunan DBKL Jln Raja Laut. Dari perhentian LRT Bandaraya ke perhentian Bandar Tun Razak hanya memakan masa tidak sampai 30 minit. Sesampai je kat pintu masuk dewan...Hj Jamal serta isteri ada menanti tetamu. Salepas bersalaman terus masuk ke dalam dewan dan menunggu 2 remaja untuk memberikan door gift kepada setiap tetamu yang memasuki dewan.
Dalam dewan dah ramai tetamu sedang makan. Masa Kak Mawar sampai pun dah jam 0100 tengahari. Nampak semua meje dah ada tetamu. Cari punye cari dapatlah satu meja berhampiran meja pencuci mulut. Ambik sedikit nasi pelangi, seketul ayam goreng berempah dan sedikit sayur. Yam! yam! yam...sedap nasi pelangi!
Lepas makan Kak Mawar jumpa senior masa kat HQ dulu. Diaorang kebanyakan dah pencen! Masa nak balik pulak terjumpa Pn Siti kat pintu masuk. Bebual kejap dan sempat klik! dua -tiga pic! Hehehe...Datang dengan LRT balik KL pun dengan LRT lah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment