Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 15, 2010

BUAH PINGGANG SIHAT?




Apa khabar kawan ku semua!
Muga sihat walafiat hendaknya.

Pada 13 Oktober 2010, Kak Mawar terbaca berita mengenai dua artis masuk hospital kerana diserang sakit jantung. Artis tersebut ialah Yahya Sulong dan Yazit Search. Harapan Kak Mawar semuga mereka cepat sembuh.

Teringat Kak Mawar akan risalah mengenai penyakit buah pinggang yang Kak Mawar simpan. Apa kata kita berkongsi info mengenai penyakit ini :

Apakah Penyakit Buah Pinggang Kronik?

* Penyakit buah pinggang kronok berlaku bila seseorang individu mengeluarkan protin berlebihan didlm. air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara.

* Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekenan darah, dan kerosakan jantung dan salur darah.

Sebab utama Penyakit Buah Pinggang ialah :

1 - Diabetes
2 - Tekanan darah tinggi
3 - Keradangan pada buah pinggang
4 - Jangkitan kuman
5 - Batu karang
6 - Penyakit keturunan

Tanda dan Gejala

1- Ketidakselesaan atau rasa sakit semasa buang air kecil
2- Darah keluar bersama-sama air kencing
3- Perubahan kekerapan buang air kecil
4- Sakit belakang
5- Membuang air kecil kerap pada waktu malam
6- Bengkak pada pengelangan kaki
7- Sembab dikeliling mata yg belarutan, terutama pada sebelah pagi




Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda
dan gejala-gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang.
Ujian dan pemeriksaan awal adalah penting terutama jika anda berada di dalam
risiko mtinggi. Perkembangan penyakit ini boleh dilambatkan atau dihentikan
jika dikesan lebih awal.


Pesanan dari :
Yayasan Buah Pinggang
www.nkf.org.my Hotline: 1300-88-3110








No comments:

Post a Comment