Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 30, 2012

MAJLIS HARI RAYA AIDULFITRI

Majlis Jamuan Hari Raya Aidulfitri
Unit Pengambilan
30hb Ogas 2012

Saturday, August 25, 2012

BALIK DARI KAMPUNG!

Salam! Pagi Khamis lepas, Kak Mawa hantar emak balik ke kampung. Sampai kat pekan Tg Malim singgah kejap kat Pizza Hut untuk makan tengahari. Lepas tu perjalanan diterusakan ke arah Felda Gedangsa. Petangnya balik semula ke Kl. Dalam perjalanan singgah kat pekan Behrang, beli kueh bahulu untuk di bawa balik. Sebelum ne Kak Mawa ada beli kueh bahulu untuk emak dan bila rasa sebijik - sedap pulak! 

Sampai kat rumah sudah petang. Masak nasi dan keluarkan lauk semalam dan panaskan dalam mikrowave. Sambil menunggu nasi masak, Kak Mawa masukan pakaian yang sudah dipakai ke dalam mesin basuh. Sementara mesin basuh bekerja sendirian, Kak Mawa gosok sepasang baju untuk kerja besuk. 

Jumaat - Balik dari kerja ingat nak masak rendang ayam kampung, tapi ayam masih frozen (lupa bagitahu suami untuk keluarkan ayam). So! Esuk ajalah masak rendang ayam dan masak pulut. Malam pulak nak ajak suami ziarah rumah jiran (depan rumah) tapi pintu masih berkunci lagi. Jiran takada kat rumahlah! 
Atas - Menunggu pesanan dihantar!
Foto kat bawah ne ialah pekan Behrang...

Tuesday, August 21, 2012

SALAM AIDULFITRI



Salam Aidulfiri kepada pembaca blog Kak Mawar. Hampir tiga bulan lebih Kak Mawa tak up date blog pasal takada aktiviti sosial yang menarik. Bulan Julai 2012, lansung tak ada entri nak ditaip.Lagi pun bulan tu Kak Mawa sibuk membeli kain ela, kain batik dan kain palekat di Jalan Tuanku Abd. Rahman KL. Bermula bulan Ogas, Kak Mawa mula menjahit baju untuk emak dan menjahit baju sendiri untuk dipakai pada hari raya. Lepas tu Kak Mawa buat kek dan biskut raya, taklah banyak mana pun!

Sehari sebelum hari raya, Kak Mawa balik kampong di Felda Gedangsa. Raya pertama, selepas solat aidulfitri, Kak Mawa pergi rumah Kak Ana di Meru, Kelang. Lepas tu berkonvoi ke rumah Kak Timah. Menjelang petang singgah di  pusara arwah bapa mertua dan lepas tu berkovoi menuju rumah kak Mawa di Felda Gedangsa. 

Hari raya kedua, Kak Mawa pergi ke pusara abah dan petang pulak Kak Mawa balik KL bersama emak, kerana emak nak beraya dengan keluarga terdekat di Gombak. Pagi hari raya ketiga, Kak Mawa udah keluar menuju rumah Uda di Gombak. Sayangnya Uda tak ada di rumah-jadi Kak Mawa terus singgah di rumah Busu Be'ah. Barulah puas hati emak bila dapat berjumpa adik beradik dan ahli keluarga terdekat. Selepas solat zohor, Kak Mawa tinggalkan rumah Busu Be'ah dan nak beraya di rumah Kak Peah dan Adik Misah di Kg Nakhoda. Dalam perjalanan menuju Kg Nakhoda tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya (Macam cerita seram pulak kan!). Kak Mawa teruskan perjalanan, bila sampai di depan rumah Kak Peah-pintu bermanga pulak. Lepas itu masuk satu lorong ke hadapan (rumah Adik Misah), bila menghampiri rumah Adik Misah, kereta tak ada dan pintu tertutup rapat-diaorang ne pasti keluar beraya!

Setakat ini sahaja cerita yang dapat Kak Mawa taip.Kepada pembaca blog ini, Kak Mawa memohun maaf sekiranya ada kata-kata Kak Mawa yang pernah menyinggung perasaan anda. Sekali lagi Kak Mawa ucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir & Batin dari Kak Mawa sekelurga!



Monday, June 11, 2012

JPO, Danga Bay+ Stulang Laut


Salam! Minggu lepas Kak Mawa pergi bercuti ke Johor Bahru bagi menyambut hari lahir suami pada 7hb June 2012. Dalam perjalanan menuju Bandaraya Johor Bahru, kami singgah di Batu Pahat dan Johor Premium Outlets kat Kulaijaya. Hampir waktu petang baru kami sampai di pusat bandar JB. Lepas tu check-in di Hotel Citrus. Hotel yang telah beroperasi selama dua tahun ne, kelihatan bersih dan hiasan dalaman yang menarik. 

Satelah berehat sekejap, lepas waktu Magrib kami pergi melawat Danga Bay dan makan malam di situ. Lepas tu kami pergi pulak jalan-jalan kat pasar malam di bandar JB. Olih kerana cuaca sedikit sejuk berbanding KL, kami segera balik ke tempat penginapan. 

Hari kedua, selepas sarapan di Citrus cafe, Kak Mawa bersama suami  jalan-jalan di sekitar bandar JB. Lepas tu kami pergi melawat Kota Iskandar di Nusajaya. Petang pulak berkurung kat dalam bilik menanti waktu Magrib. Waktu malam kami pergi makan Mee Bandung kat Stulang Laut. Selesai makan, kami masuk ke  Zon Mall. Keluar masuk oulet, akhirnya Kak Mawa beli gak kasut sebagai tanda kenangan yang Kak Mawa pernah ke Mall bebas cukai. 

Balik dari Stulang Laut, singgah minum teh tarik dan makan otak-otak di lorong belakang Hotel Citrus. Selesai minum teh tarik, kami masuk bilik dan hujan lebat turun disekitar JB. Kene tido awal pasal besuk kami janji, lepas sarapan pagi kami nak check out jam 0930 pagi. Salam sayang dari Kak Mawa dan Jumpa Lagi!


Johor Premium Outlets (JPO)
Ammar@ Johor Premium Outlets
Majid & Mawa@ Danga Bay
Mawa & Suami@ Stulang Laut

pink jambu@ JPO
Nak makan malam@ Danga Bay!

Fun Fair@ Danga Bay

Danga Bay
Lobby Citrus Hotel@ Jalan Station JB



Jalan-jalan di sekitar JB



Wednesday, May 30, 2012

SAJIAN DAPUR BONDA: SUP CAMPUR

SAJIAN DAPUR BONDA: SUP CAMPUR: Kebiasaannya bila cuti hujung minggu begini, pagi-pagi lagi Kak Noor dan hubby akan ke pasar mencari lauk pauk dan sayur-sayuran untuk s...

Senang-senang singgahlah.....: Cuti Sekolah...Jom Jalan-jalan..

Senang-senang singgahlah.....: Cuti Sekolah...Jom Jalan-jalan..: Cuti Sekolah….Jom Jalan-jalan Cuti sekolah dah pun bermula…hari Jumaat lepas, hubby ambil kakak Diba di asrama sekolah…kami memang p...

Tuesday, May 1, 2012

Jamuan di Laman Tasik!


Salam! Malam tadi jam 0800 malam Kak Mawa pergi majlis     makan malam ala' party di Laman Tasik Titiwangsa - Kuala Lumpur. Majlis diadakan sempena meraikan pasangan pengatin baru diantara Mohd Irwan dan Norfadilah binti Hj Khalil. Walaupun Kak Mawa pernah masuk ke kawasan tasik ne dulu kerana tugasan, tapi malam tadi terlepas gak Jalan Kuantan yang menuju pintu masuk lokasi majlis! Terpaksa buat pusingan dalam suasana hujan gerimis dan laluan jalan yang sedikit gelap.
 
Pasangan pengantin Irwan@Uwan & Norfadilah!
Kelurga Pak Anjang!
Possing bersama adik Midah!
Gaya dua bersaudara!
Tetamu sedang menikmati jamuan ringkas!

Meja adik Ali bersama kak Ana!

Photo yang last ne, ketika pasangan pengantin nak mula makan. Ramailah jurugambar nak abdikan kenangan, termasuk si Lina! Apapun Kak Mawa ucapkan terima kasih dan "Selamat Berbulan Madu". Jumpa lagi di entri yang akan datang!