Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 20, 2010

MERDEKA KAH KITA?



Mj tertarik dengan "Gurindam 13 Resolusi" nukilan Dato' Salleh Majid dalam akbar, Khamis 19 Ogas 2010. Bermula dengan "Alamak MCA buat hal lagi, kali ini dengan 13 resolusi, kuota 30% minta dihapusi, Sek. Cina hendak ditambah lagi". Gurindam yang panjang tu xdapat-lah Mj muatkan kat sini.

Banyaknya permintaan! MCA dah macam Astro...Macam-macam ada! Yalah! Dah hampir 53 tahun merdeka, tentulah selamer itu mereka merancang untuk membuat tuntutan bagi meraih keuntungan politik dikalangan kaum Cina. Pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harunssani pula bahawa ada pihak mewujudkan perlembagaan baru bagi menolak hak orang Melayu dan Islam terhakis tidak membuat orang Melayu marah. Orang Melayu hanya mampu lahirkan rasa kesal dan bagi amaran sahaja. Macam kata Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail, iaitu memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain api dengan membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Apa lagi yang orang Melayu boleh buat? Habis-habis pun mampu buat repot polis je! Takkan nak berperang pulak! Masa ne pun orang Melayu dah berperang. Perang politik sesama sendiri antara Umno, Pas dan PKR. Perang ekonomi dah 53 tahun tak menang- menang...orang Melayu hanya mampu memiliki 21.9% hasil kekayaan di Malaysia. Orang Melayu memang tak sedar diri, terutama genarasi muda. Dah hilang kuasa dua pertiga pun masih nak menegakan benang basah! Bila tiba malam 31 Ogas, ramailah kaum muda-mudi berkumpul disetiap dataran, kononnya nak menyambut detik Merdeka.

Merdeka! merdeka! merdeka...tapi tah apa tah. Orang jerit dia pun jerit, tapi jeritan kosong. Yang ramai kat dataran adalah orang Melayu. Bangsa lain belum merdeka kah? Apalah erti merdeka kepada orang Melayu kalau bahasa Malaysia pun tak mampu menjadi bahasa resmi.
Apalah ertinya merdeka dah 53 tahun kalau kita masih dijajah! Ramai orang Melayu dah lupa, apatah lagi genarasi muda...wujudnya perjanjian taat setia antara Melayu, Cina & India - bagi mencapai kemerdekaan tahun 1957. Masa tu orang Melayu mahu mencapai merdeka secara aman dari British. Masa tu diorang cipta lagu Warisan untuk meniup semangat orang Melayu! Masa tu orang Melayu mula sedar apabila dengar Lagu Warisan:

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Kita lenyap diarus zaman

Chrs:Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir katangan yang lain
Perbumi meristis sendiri

Masa depan sungguh gelap
Kan hilang peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kini sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah lalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara


http://sosialdiari.blogspot.com






1 comment:

  1. Assalamualaikum...selamat berpuasa dan selamat menunggu berbuka puasa...hee...hee

    Dah dapat ker lagu "Warisan" ini. Kalau ada mintak tolong passkan satu pada saya. Saya berharap sangat ni. Saya dah puas mencari tetapi belum jumpa lagi.

    terangbulan - 26082010@6.00pm

    ReplyDelete