Sunday, August 22, 2010
TREN ETS!
Kuala Lumpur 12 Ogas 2010
KTMB hari ini melancarkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terpantas di Malaysia dengan kelajuan 160 kilometer sejam dan hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh.
Terdapat dua jenis tren ETS iaitu transit dan ekpres. ETS Transit akan berhenti di stesen Kuala Lumpur, Rawang, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Sungkai, Tapah Road, Kampar dan Batu Gajah sebelum sampai ke Ipoh. ETS Ekpres pula hanya berhenti di empat stesen iaitu Kuala Lumpur, Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh.
Tren ETS ini dilengkapi dengan sistem CCTV, kafetaria, tandas dan kemudahan WiFi Internet. Tren buatan Korea ini bernilai RM48 juta mempunyai enam gerabak dalam setiap unit dan mampu membawa penumpang seramai 350 dalam sehala perjalanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment