Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 20, 2010

SECAWAN TEH!

Secawan Teh! Boleh tenangkan minda. Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr Georgie Russel dari R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukan pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif. Russel seterus nya menjelaskan, kesan positif ke atas mood bukan sahaja membutkan sesaorang rasa ceria, tetapi teh juga dikaitkan dengan peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imun.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukan bahawa selepas mengambil satu dos kuat theanine dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap. Peningkatan otak ini membolehkan fokus yang lebih baik semasa menjalankan tugas.

Hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpontensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21%. Strok juga penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83% daripada semua kes strok yang dilaporkan.




No comments:

Post a Comment