Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 2, 2010

RAYA RUMAH ANUAR!




Masih hari yang sama...
Petang Sabtu, 02/10/2010

Selesai makan minum dan chat-chat kat umah Pn. Jamilah, kami bertolak menuju
Taman Shamelin Perkasa. Dari Tmn. Ibu Kota, Gombak keluar menuju
MMR-II.
Alamak! Jalan sesak macam Hari Raya pertama. Xleh undur ke-belakang..............
Jalan terus ke-depan, sedikit demi sedikit! hehehe... Perut tadinyer kenyang dah mula lapar!




Akhirnye sampai juga kat Tmn. Shamelin...jam 04.20 petang. Dah sampai tak tau pulak
mana satu umah Anuar! Amat dan Rezza terpaksa
bukak kertas jemputan...Oh! kat
atas tu tingkat 4... Bagi salam dan masuk umah, m
ula-mula dicari ialah air...hausnyer! Lepas tu pekene Nasi Bryani lauk kambing dan ayam goreng. Lain-lain menu ialah Laksa Johor, Speghetti, Dadeh dan....aduh!!! dah makan kenyang, lepas tu ngantok pulak.

Selesai bergambar dengan tuan umah, kami pun tinggalka
n umah Anuar dan balik ikut
Jalan Loke Yew, Jalan Kucing. Pertengahan j
alan - hujan turun lebat...nasib baik ada
sekaki payung pemberian suami Pn.Jamilah. Macam pepatah dulu-dulu........................ " Sediakan payung sebelum hujan "...Terima kasih En Anuar dan Pn.Jamilah sekelurga kerana melayan kami!



" Terima kasih daun keladi,

Tahun depan jemputlah lagi"







Dari Kak Mawar
http://Sosialdiari.blogspot.
com

Thursday, September 30, 2010

TERMINAL UTK ORANG SELATAN

Dibuka hujung tahun!

Kuala Lumpur 30 Sept- Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan- Bandar Tasik Selatan khabar nya akan dibuka pada hujung tahun ne. Terminal ini menggunakan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dapat menyambungkan perjalanan dengan KTMB, LRT dan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan pengguna ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang.

Yang menariknya terminal ini akan berfungsi saperti sebuah lapangan terbang dimana ia akan mempunyai papan paparan elektronik untuk memaklumkan kedatangan dan pelepasan bas, nama syarikat dan destinasi. Terminal ini juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di-bahagian selatan serta Lingkaran Tengah II (JLT II) di bahagian timur.

Tuesday, September 28, 2010

MARATHON RAYA - PART 2


Serang! serangggg...hahaha!
X tau lah umah maner yang kene serang habis-habisan...



Sunday, September 26, 2010

MARATHON RAYA!


Salam Raya!

Jam 1100 pagi berkumpul kat DBKL Jln. Raja Laut... Nak mulakan " Marathon Raya " dari umah ke umah! Bermula dari umah Siti Zahrah, lepas tu ge umah Kak Dot di Bandar Tun Razak, dah kenyeng dah...ge pulak umah Rezza kat Tmn Segar@ Cheras.

Dari umah Rezza menuju Tmn. Murni kat Cheras...... umah Zalina Zainuddin pulak. Sampai kat umah yang ke empat (4) ne, bukan dah kenyang tapi dah nak keluar balik!
Malu kalu keluar balik! hehehe...perjalanan di- teruskan ge umah Emma Rosli kat Tmn. Sri Nanding- Ulu Langat. Perut dah kembung! Macam-macam dah masuk dalam tali perut. Paling banyak kita orang makan ialah laksa dan sate.

Rumah ke enam (6) ne umah Azzah kat Sri Kembangan-Serdang. Lepas tu ge Ampang umah Rozaini dan balik ke Kepong singgah pulak kat umah jiran-umah Shahrizam. Rumah ne pong kene singgah pasal sebelah umah je...


Besok ada lagi sambungan marathon raya! Tapi xdapat ikut...letih oooo!



Mawar!
26/9/10



Sunday, August 22, 2010

TREN ETS!


Kuala Lumpur 12 Ogas 2010
KTMB hari ini melancarkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terpantas di Malaysia dengan kelajuan 160 kilometer sejam dan hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh.

Terdapat dua jenis tren ETS iaitu transit dan ekpres. ETS Transit akan berhenti di stesen Kuala Lumpur, Rawang, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Sungkai, Tapah Road, Kampar dan Batu Gajah sebelum sampai ke Ipoh. ETS Ekpres pula hanya berhenti di empat stesen iaitu Kuala Lumpur, Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh.

Tren ETS ini dilengkapi dengan sistem CCTV, kafetaria, tandas dan kemudahan WiFi Internet. Tren buatan Korea ini bernilai RM48 juta mempunyai enam gerabak dalam setiap unit dan mampu membawa penumpang seramai 350 dalam sehala perjalanan.

Friday, August 20, 2010

MERDEKA KAH KITA?



Mj tertarik dengan "Gurindam 13 Resolusi" nukilan Dato' Salleh Majid dalam akbar, Khamis 19 Ogas 2010. Bermula dengan "Alamak MCA buat hal lagi, kali ini dengan 13 resolusi, kuota 30% minta dihapusi, Sek. Cina hendak ditambah lagi". Gurindam yang panjang tu xdapat-lah Mj muatkan kat sini.

Banyaknya permintaan! MCA dah macam Astro...Macam-macam ada! Yalah! Dah hampir 53 tahun merdeka, tentulah selamer itu mereka merancang untuk membuat tuntutan bagi meraih keuntungan politik dikalangan kaum Cina. Pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harunssani pula bahawa ada pihak mewujudkan perlembagaan baru bagi menolak hak orang Melayu dan Islam terhakis tidak membuat orang Melayu marah. Orang Melayu hanya mampu lahirkan rasa kesal dan bagi amaran sahaja. Macam kata Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail, iaitu memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain api dengan membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Apa lagi yang orang Melayu boleh buat? Habis-habis pun mampu buat repot polis je! Takkan nak berperang pulak! Masa ne pun orang Melayu dah berperang. Perang politik sesama sendiri antara Umno, Pas dan PKR. Perang ekonomi dah 53 tahun tak menang- menang...orang Melayu hanya mampu memiliki 21.9% hasil kekayaan di Malaysia. Orang Melayu memang tak sedar diri, terutama genarasi muda. Dah hilang kuasa dua pertiga pun masih nak menegakan benang basah! Bila tiba malam 31 Ogas, ramailah kaum muda-mudi berkumpul disetiap dataran, kononnya nak menyambut detik Merdeka.

Merdeka! merdeka! merdeka...tapi tah apa tah. Orang jerit dia pun jerit, tapi jeritan kosong. Yang ramai kat dataran adalah orang Melayu. Bangsa lain belum merdeka kah? Apalah erti merdeka kepada orang Melayu kalau bahasa Malaysia pun tak mampu menjadi bahasa resmi.
Apalah ertinya merdeka dah 53 tahun kalau kita masih dijajah! Ramai orang Melayu dah lupa, apatah lagi genarasi muda...wujudnya perjanjian taat setia antara Melayu, Cina & India - bagi mencapai kemerdekaan tahun 1957. Masa tu orang Melayu mahu mencapai merdeka secara aman dari British. Masa tu diorang cipta lagu Warisan untuk meniup semangat orang Melayu! Masa tu orang Melayu mula sedar apabila dengar Lagu Warisan:

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Kita lenyap diarus zaman

Chrs:Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir katangan yang lain
Perbumi meristis sendiri

Masa depan sungguh gelap
Kan hilang peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kini sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah lalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara


http://sosialdiari.blogspot.com






SECAWAN TEH!

Secawan Teh! Boleh tenangkan minda. Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr Georgie Russel dari R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukan pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif. Russel seterus nya menjelaskan, kesan positif ke atas mood bukan sahaja membutkan sesaorang rasa ceria, tetapi teh juga dikaitkan dengan peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imun.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukan bahawa selepas mengambil satu dos kuat theanine dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap. Peningkatan otak ini membolehkan fokus yang lebih baik semasa menjalankan tugas.

Hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpontensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21%. Strok juga penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83% daripada semua kes strok yang dilaporkan.